Salam Mesra dan Salam Satu Malaysia !

Setelah 52 tahun sekolah ini ditubuhkan, pelbagai peristiwa dan kenangan telah dilalui bersama seiring dengan peredaran zaman. Alhamdulillah , sebagai menyahut seruan edaran zaman yang semakin pantas ini, kami warga guru-guru sejarah turut serta dalam perkembangan teknologi maklumat dan blog panatia sejarah telah berjaya dibina dan sedang berada diatas talian dari Lenggeng ke seluruh dunia! Blog ini disediakan bagi menyokong perkembangan pendidikan berkaitan dengan sejarah. Selain itu ia juga memuatkan informasi terkini warga sekolah seperti aktiviti semasa, komuniti bestari dan sebagainya. Adalah menjadi harapan kami melihat blog ini menjadi rujukan penting bukan sahaja warga sekolah bahkan ibu bapa, bekas pelajar, penduduk sekitar dan pengguna internet yang lain. Sekian... Salam pelayar internet!

Selasa, 18 Ogos 2009

salam kemerdekaan

Selamat Datang

Salam Kemerdekaan